Monday, 25 July 2016

Pergaulan Bebas

                       Sejak mutakhir ini,ramai remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas.Tambahan pula,dalam era serba moden ini pergaulan para remaja semakin tidak terbatas.Mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa memikirkan masyarakat sekeliling.Pergaulan bebas dapat didefinisikan sebagai pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa batasan.Namun begitu,pada masa ini pergaulan bebas tidak terbatas antara lelaki dan perempuan sahaja malah perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan juga boleh mengundang terjadinya masalah sosial dalam masyarakat masa ini.Terdapat banyak faktor yang mendorong remaja ini terlibat dengan masalah sosial.

Kurang didikan agama dan moral yang mantap akan menjadikan daya pertimbangan golongan remaja tidak waras lalu gagal dalam membezakan yang mana intan dan yang mana satu kaca serta hitam putih sesuatu yang ada dalam dunia ini.Pada zaman ini,terdapat ramai ibu bapa yang kurang menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak mereka.Terdapat segelintir ibu bapa masa ini lebih mementingkan ilmu duniawi berbanding ilmu ukhrawi.Mereka sanggup menghabiskan wang beratus-ratus ringgit dalam masa sebulan bagi memastikan anak-anak dapat mengikuti tuisyen yang terbaik.Namun begitu,terdapat juga ibu bapa yang telah menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama tetapi anak-anak ini berubah pergaulan mereka sebaik sahaja melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.Mengapakah hal ini berlaku?Hal ini adalah kerana para remaja ini tidak berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang telah dipelajari dalam diri masing-masing.
Hal ini menyebabkan mereka mudah sahaja terlibat dengan pergaulan bebas.

Faktor lain yang menyebabkan remaja masa ini terlibat dengan pergaulan bebas ialah kesibukan ibu bapa bekerja.Ibu bapa pada zaman ini ramai yang bekerja dan terlibat dengan perniagaan-perniagaan besar sehingga ada yang terpaksa bekerja di luar negara.Kesibukan ibu bapa ini telah menyebabkan anak-anak terbiar dan mereka akan berasa bosan dan sunyi apabila berada di rumah.Oleh hal yang demikian,anak-anak ini keluar mencari teman-teman yang boleh mengubat kesunyian mereka.Oleh itu,tidak hairanlah anak-anak masa ini lebih rapat dengan kawan-kawan mereka berbanding ibu bapa sendiri.Bagi mereka,teman-teman lebih memahami mereka dan akan membantu sekiranya mereka mempunyai masalah berbanding ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja.Hal ini telah menyebabkan anak-anak berasa kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa sendiri.


Di samping itu,terdapat juga faktor lain yang menyebabkan para remaja ini terlibat dengan pergaulan bebas.Kemajuan teknologi pada zaman ini telah memudahkan masyarakat umumnya menonton pelbagai genre cerita yang ditayangkan di pawagam,televisyen mahu pun internet.Kebanyakan filem dan drama yang ditayangkan memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tiada batasnya terutamanya filem-filem dari negara barat.Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan malah turut memaparkan pelakon yang tidak mematuhi etika berpakaian.Filem-filem dan drama seperti ini turut diterbitkan oleh pengarah-pengarah Malaysia.Filem-filem yang memaparkan kisah bohsia,mat rempit dan sebagainya banyak mempengaruhi remaja masa ini untuk terlibat dalam pergaulan bebas.Sayang seribu kali sayang,remaja yang merupakan pelopor yang bakal memegang pucuk kepimpinan negara dan diharapkan akan menerajui negara kita ke ambang kemajuan masih tersadai di lembah petaka sosial.




Terdapat pelbagai kesan yang akan timbul ekoran daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ini.Antara kesan yang paling dibimbangi ialah terjadinya seks bebas dan penzinaan antara golongan ini.Akibat daripada penzinaan ini,lahirlah anak-anak luar nikah yang tidak berdosa.Perkara yang paling menyayat hati adalah apabila terpampangnya berita berkaitan pembuangan bayi yang semakin berleluasa di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen.Hal ini berlaku berkemungkinan akibat perasaan malu atau tiada rasa belas kasihan dan tanggungjawab ibu bapa bayi berkenaan.Baru-baru ini,seorang bayi perempuan telah ditemui di tempat menunggu bas berdekatan Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.Namun begitu,terdapat banyak lagi kes pembuangan bayi yang lebih menyayat hati seperti bayi dibuang di dalam lubang tandas,mayat bayi digonggong anjing dan sebagainya.





Antara impak negatif lain yang akan timbul akibat daripada pergaulan bebas ini ialah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali.Para remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat rempit',gangster dan sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka akan memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.Malah, tidak kurang juga ada 





Sunday, 17 July 2016

Kempen kesedaran Cintai Alam Sekitar


                

  Alam sekitar adalah amat penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama, bangsa dan Negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan kawasan tumbuhan hijau, udara dan air. Contohya sungai, laut, dan bukit bukau. Alam sekitar semakin terceemar akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab yang melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai,pembalakan utan secara haram dan pelbagai lagi.Alam sekitar sepatutnya dijaga kerana ianya akan digunakan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, untuk menjaga keindahan alam sekitar beberapa langkah perlu diambil
    


Antara langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, asingkan dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
   
Seterusnya  adalah melalui media massa. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk cara pemikiran masyarakat. Media massa perlulah menekankan tentang pentingnya alam sekitar. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

   
Langkah ketiga pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar   


     Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan  bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

        

Lancarkan kempen anti dadah

                                                            

   MEMANGLAH ramai orang yang akan menganggap dadah adalah bahan kimia berbahaya. Sebenarnya pada mulanya dadah digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat bius untuk melalikan pesakit dalam pembedahan. Justeru adalah masyarakat kita sendiri yang menyalahguna dadah, menjadikan dadah sebagai 'musuh' kita.

      Antara sebab dadah dijadikan 'musuh' kita disebabkan ia dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Contohnya, otak dan badan seseorang tidak dapat berfungsi akibat makan syabu yang boleh merosakkan sistem saraf badannya. Justeru, pengambilan dadah menyebabkan badan seseorang itu lemah selain kekurangan zat makanan dan menjejaskan kesihatannya. Penagih dadah juga mudah terjebak dengan penyakit berbahaya seperti penyakit AIDS.

   MEMANGLAH ramai orang yang akan menganggap dadah adalah bahan kimia berbahaya. Sebenarnya pada mulanya dadah digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat bius untuk melalikan pesakit dalam pembedahan. Justeru adalah masyarakat kita sendiri yang menyalahguna dadah, menjadikan dadah sebagai 'musuh' kita.


      Antara sebab dadah dijadikan 'musuh' kita disebabkan ia dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Contohnya, otak dan badan seseorang tidak dapat berfungsi akibat makan syabu yang boleh merosakkan sistem saraf badannya. Justeru, pengambilan dadah menyebabkan badan seseorang itu lemah selain kekurangan zat makanan dan menjejaskan kesihatannya. Penagih dadah juga mudah terjebak dengan penyakit berbahaya seperti penyakit AIDS. 




        Fenomena tersebut memanglah meningkatkan masalah sosial sesebuah negara. Penagih dadah sanggup mencuri, merompak dan mengugut seseorang itu semata-mata untuk mendapatkan dadah. Malah, ada juga yang sanggup membunuh orang lain jika ada yang cuba melawan. Secara tidak langsung, masyarakat akan sentiasa hidup dalam ketakutan kalau-kalau menjadi mangsa.
          Sebenarnya kes-kes penagihan dadan kebanyakannya melibatkan golongan belia. Golongan belia merupakan tulang belakang kepada sesebuah negara di masa depan. Jikalau sebahagian besar penagih adalah belia, sudah tentu negara akan mengalami ketandusan pekerja yang produktif. Kesannya, akan melumpuhkan industri-industri yang memerlukan tenaga dan idea mereka dan seterusnya membantutkan kemajuan ekonomi negara

       Masa depan seseorang belia yang terjerumus dalam kancah dadah akan musnah begitu sahaja. Si penagih akan sukar mencari pekerjaan kerana masyarakat sukar menerima penagih dadah. Mereka akan dipandang hina dalam masyarakat 








Kempen sedaran hidup sihat

                 

Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. 

Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, "Tak Nak Merokok", makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? 

   Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.


Antara aktiviti yang sering dilakukan ketika kempen ini dijalankan adalah seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah kesihatan dan bengkel kesedaran awam oleh Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Semua aktiviti ini akan bertindak sebagai batu asas kepada kesedaran dan pendidikan untuk orang ramai terhadap usaha pencegahan strok dan kanser.

Dengan wujudnya kempen kesedaran seperti ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga kesihatan untuk hidup yang sihat dan berpanjangan. Kempen seperti ini perlu dikuatkuasakan disetiap sekolah dan tempat untuk mereka lebih mementingkan tahap kesihatan mereka.