MEMANGLAH ramai orang yang akan menganggap dadah adalah bahan kimia
berbahaya. Sebenarnya pada mulanya dadah digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat bius untuk melalikan pesakit dalam pembedahan.
Justeru adalah masyarakat kita sendiri yang menyalahguna dadah, menjadikan
dadah sebagai 'musuh' kita.
Antara sebab dadah dijadikan 'musuh' kita disebabkan ia dapat
menjejaskan kesihatan seseorang. Contohnya, otak dan badan seseorang tidak
dapat berfungsi akibat makan syabu yang boleh merosakkan sistem saraf badannya.
Justeru, pengambilan dadah menyebabkan badan seseorang itu lemah selain
kekurangan zat makanan dan menjejaskan kesihatannya. Penagih dadah juga mudah
terjebak dengan penyakit berbahaya seperti penyakit AIDS.

Fenomena tersebut memanglah meningkatkan masalah sosial sesebuah negara.
Penagih dadah sanggup mencuri, merompak dan mengugut seseorang itu semata-mata
untuk mendapatkan dadah. Malah, ada juga yang sanggup membunuh orang lain jika
ada yang cuba melawan. Secara tidak langsung, masyarakat akan sentiasa hidup
dalam ketakutan kalau-kalau menjadi mangsa.
Sebenarnya kes-kes penagihan dadan kebanyakannya melibatkan golongan
belia. Golongan belia merupakan tulang belakang kepada sesebuah negara di masa
depan. Jikalau sebahagian besar penagih adalah belia, sudah tentu negara akan
mengalami ketandusan pekerja yang produktif. Kesannya, akan melumpuhkan
industri-industri yang memerlukan tenaga dan idea mereka dan seterusnya membantutkan
kemajuan ekonomi negara
Masa depan seseorang belia yang
terjerumus dalam kancah dadah akan musnah begitu sahaja. Si penagih akan sukar
mencari pekerjaan kerana masyarakat sukar menerima penagih dadah. Mereka akan
dipandang hina dalam masyarakat
No comments:
Post a Comment