Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, "Tak Nak Merokok", makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat?
Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.
Antara aktiviti yang sering dilakukan ketika kempen ini dijalankan adalah seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah kesihatan dan bengkel kesedaran awam oleh Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Semua aktiviti ini akan bertindak sebagai batu asas kepada kesedaran dan pendidikan untuk orang ramai terhadap usaha pencegahan strok dan kanser.
Dengan wujudnya kempen kesedaran seperti ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga kesihatan untuk hidup yang sihat dan berpanjangan. Kempen seperti ini perlu dikuatkuasakan disetiap sekolah dan tempat untuk mereka lebih mementingkan tahap kesihatan mereka.
Mummys Gold Casino: Review & Bonus Codes - JTA Hub
ReplyDeleteMummys Gold Casino: Sign Up, 충청북도 출장안마 Login, 구리 출장샵 and play with your new player bonus. All 김포 출장안마 you 광주광역 출장샵 have to do is sign up, enter the bonus code, 남원 출장마사지