Sejak mutakhir ini,ramai remaja yang terlibat dalam
pergaulan bebas.Tambahan pula,dalam era serba moden ini pergaulan para remaja
semakin tidak terbatas.Mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa memikirkan
masyarakat sekeliling.Pergaulan bebas dapat didefinisikan sebagai pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa batasan.Namun
begitu,pada masa ini pergaulan bebas tidak terbatas antara lelaki dan perempuan
sahaja malah perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan
perempuan juga boleh mengundang terjadinya masalah sosial dalam masyarakat masa
ini.Terdapat banyak faktor yang mendorong remaja ini terlibat dengan masalah
sosial.
Kurang didikan agama dan moral yang mantap akan menjadikan daya pertimbangan
golongan remaja tidak waras lalu gagal dalam membezakan yang mana intan dan
yang mana satu kaca serta hitam putih sesuatu yang ada dalam dunia ini.Pada
zaman ini,terdapat ramai ibu bapa yang kurang menerapkan nilai-nilai agama
dalam diri anak-anak mereka.Terdapat segelintir ibu bapa masa ini lebih
mementingkan ilmu duniawi berbanding ilmu ukhrawi.Mereka sanggup menghabiskan
wang beratus-ratus ringgit dalam masa sebulan bagi memastikan anak-anak dapat
mengikuti tuisyen yang terbaik.Namun begitu,terdapat juga ibu bapa yang telah
menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama tetapi anak-anak ini berubah
pergaulan mereka sebaik sahaja melanjutkan pelajaran ke institut pengajian
tinggi.Mengapakah hal ini berlaku?Hal ini adalah kerana para remaja ini tidak
berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang telah dipelajari dalam diri
masing-masing.
Hal ini menyebabkan mereka mudah sahaja terlibat dengan pergaulan bebas.
Faktor lain yang menyebabkan remaja masa ini terlibat dengan pergaulan bebas
ialah kesibukan ibu bapa bekerja.Ibu bapa pada zaman ini ramai yang bekerja dan
terlibat dengan perniagaan-perniagaan besar sehingga ada yang terpaksa bekerja
di luar negara.Kesibukan ibu bapa ini telah menyebabkan anak-anak terbiar dan
mereka akan berasa bosan dan sunyi apabila berada di rumah.Oleh hal yang
demikian,anak-anak ini keluar mencari teman-teman yang boleh mengubat kesunyian
mereka.Oleh itu,tidak hairanlah anak-anak masa ini lebih rapat dengan
kawan-kawan mereka berbanding ibu bapa sendiri.Bagi mereka,teman-teman lebih
memahami mereka dan akan membantu sekiranya mereka mempunyai masalah berbanding
ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja.Hal ini telah menyebabkan anak-anak berasa
kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa sendiri.
Di samping itu,terdapat juga faktor lain yang menyebabkan para remaja ini
terlibat dengan pergaulan bebas.Kemajuan teknologi pada zaman ini telah
memudahkan masyarakat umumnya menonton pelbagai genre cerita yang ditayangkan
di pawagam,televisyen mahu pun internet.Kebanyakan filem dan drama yang
ditayangkan memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tiada
batasnya terutamanya filem-filem dari negara barat.Filem-filem ini bukan sahaja
memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan malah turut memaparkan
pelakon yang tidak mematuhi etika berpakaian.Filem-filem dan drama seperti ini
turut diterbitkan oleh pengarah-pengarah Malaysia.Filem-filem yang memaparkan
kisah bohsia,mat rempit dan sebagainya banyak mempengaruhi remaja masa ini
untuk terlibat dalam pergaulan bebas.Sayang seribu kali sayang,remaja yang
merupakan pelopor yang bakal memegang pucuk kepimpinan negara dan diharapkan
akan menerajui negara kita ke ambang kemajuan masih tersadai di lembah petaka
sosial.
Terdapat
pelbagai kesan yang akan timbul ekoran daripada pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan ini.Antara kesan yang paling dibimbangi ialah terjadinya seks
bebas dan penzinaan antara golongan ini.Akibat daripada penzinaan ini,lahirlah
anak-anak luar nikah yang tidak berdosa.Perkara yang paling menyayat hati
adalah apabila terpampangnya berita berkaitan pembuangan bayi yang semakin
berleluasa di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen.Hal ini berlaku
berkemungkinan akibat perasaan malu atau tiada rasa belas kasihan dan
tanggungjawab ibu bapa bayi berkenaan.Baru-baru ini,seorang bayi perempuan
telah ditemui di tempat menunggu bas berdekatan Hospital Sultan Ismail di Johor
Bahru.Namun begitu,terdapat banyak lagi kes pembuangan bayi yang lebih menyayat
hati seperti bayi dibuang di dalam lubang tandas,mayat bayi digonggong anjing
dan sebagainya.
Antara
impak negatif lain yang akan timbul akibat daripada pergaulan bebas ini ialah
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak
yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang
tidak dikenali.Para remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang
tidak baik seperti kumpulan 'mat rempit',gangster dan sebagainya.Hal ini
menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat
ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah
berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka akan
memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak
dituruti.Malah, tidak kurang juga ada
No comments:
Post a Comment